Monday, February 9, 2009

Setiap Dambaan - Mohamad Nasir Mohamed


MERAHnya tekadmu,
Mewarnakan kalam,
Memancarkan wajah-wajah...
Yang berupa-rupa dalam kesatuan,
Menyanyilah.. la..la..la.. Bersajaklah.. la.. la..la..
Biar kau capai ku, Dalam pendakian...

Bila sampai nanti kitakan berkumpul
Lalu terbuka cerita lama
Terbongkarlah rahsia di setiap wajah
Menyanyilah.. la..la..la.. Bersajaklah.. la.. la..la..
Buailah.. la.. la..la..
Cintaku ...

Kau perhatikan perjalananku,
Kau perhatikan kalbu yang berdegup
Setiap nafas adalah engkau
Setiap nama, Setiap dambaan...

Dan aku serahkan tubuh ini
Buatku terima arahan baru
Selagi belum aku pergi, Selagi aku belum lupa lagi...

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

4 comments:

  1. Dan aku serahkan tubuh ini
    Buatku terima arahan baru
    Selagi belum aku pergi, Selagi aku belum lupa lagi...

    ReplyDelete
  2. Dia M. Nasir, sedari dulu menyatakan KENYATAAN. Namun tak pernah digam/dituduh sesat malah dianugerahi pelbagai imbuhan keduniyaan. Mungkin arus suaranya ditempiaskan melalui wadah muzik. Bak kata mereka, Muzik Itu Universal. Jadi, semua orang boleh terima.

    Mungkin TBS perlu meniup seruling bambu atau melirik daun nangka mengalunkan irama keSENDIRIan.

    Khayal aku je tu, tok...

    ReplyDelete
  3. salam singgah.. menumpang membaca di sini ya..

    ReplyDelete
  4. Saudara S90,

    Kunjungan anda amat dialu-alukan. Jika anda mempunyai ide, ulasan, pendapat, komen diharap dapat dikongsikan bersama. TQ.

    ReplyDelete