Thursday, February 12, 2009

Materialisme DAYA


Di dalam pengkisahan yang lepas, jelas terbukti bahawa segalanya adalah CAHAYA dan ianya pula adalah unsur terbitan hasil dari tindak-balas atau ketidak-sepaduan DAYA. Kesimpulannya unsur semulajadi kepada alam materialisme ini adalah daya-daya.

Untuk mengesah-tentukan lagi akan hipotesis ini tidak mahkruh apatah lagi haram jika kita menyelidiki secebis sirah jasad-jasad yang wujud di buana TUHAN ini. Tak perlu langkahan panjang atau perjalanan yang penuh ranjau atau mikraj ke langit, cukup bagi kita meneropong ke dalam DIRI yang penuh keindahan ini.

“Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?, Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.” (AR-RUUM:8)

Enjin penerokaan di hidupkan pada mauduk DNA sebagai asas tubuh. Penemuan DNA pada tahun 1952 oleh Alfred Hershey dan Martha Chase adalah rahmat TUHAN melalui ilmu kaji hayat atau biologi. DNA yang menyimpan kod-kod genetik tubuh, membentuk setiap organ yang membentuk sesuatu tubuh itu sendiri. Ianya dalam kesepaduan yang penuh sistematik dan saling hidup-menghidupi antara satu sama lain.

Organ-organ yang bergabung dalam aturan-aturan tetentu telah membentuk satu rangkaian sistem yang kompleks dan besar lalu menjadi tubuh yang sempurna. Maka tajallilah akan kita, haiwan, tumbuhan, wali, hamba, keldai, dedalu, cengkerik maupun khinzir. Lastas berinteraksi kesemuanya dengan alam menjadi satu EKOSISTEM yang harmoni. Dengan bahasa lain kesemuanya berhubung-kait, menjadi pelengkap serta simbiosis antara sesama. Maka bisa dikatakan wujud alam ini oleh sistem di atas sistem atau sistem di dalam sistem atau kesepaduan sistem hingga kelihatan seperti SATU SISTEM YANG MUTLAK.

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi syafaat kecuali sesudah ada izin-Nya. (Zat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran?” (YUNUS:3)

Bersyarat kepada sistem yang sempurna, DNA ialah terdiri daripada susunan asid amino yang berikat secara berpasangan. Pasangan sejoli ini diikat oleh bes yang berada antara keduanya. Di dalam tubuh ada terdapat jutaan DNA pun begitu ianya hanya terdiri daripada empat unsur kimia yang bergabung iaitu Karbon, Hidrogen, Nitrogen dan Oksigen.

Walaupun unsur yang empat tadi belainan nama dan sifat namun kesemuanya ialah atom-atom yang bercas. Ion-ion ini telah membentuk satu molekul yang terikat dalam satu kesepaduan daya. Pun begitu, asalnya kesemua atom-atom tersebut jua terdiri pada awanan ELEKTRON di bahagian luar serta NUKLEUS atom di bahagian dalam yakni meson, proton dan neutron.

Tiga unsur di dalam nukleus ini mempunyai pengaruh majoriti terhadap sifat sesuatu atom. Proton dan neutron menjadi faktor dalam menentukan jisim sesuatu atom. Selain itu, jumlah tenaga yang terdapat pada proton dan neutron berhubung-kait dengan sifat keelektromagnetan sesuatu atom. Perbezaan nisbah berat atom dan tenaga yang dipunyai neutron-proton membuat atom tersebut cenderung membebas atau meyerap elektron bagi menghasilkan keseimbangan. Ini dikenali sebagai REPUTAN BETA yang mana proses ini digerakkan oleh DAYA NUKLEUS LEMAH.

Di situasi lain pula, bagi nuklues yang besar keseimbangan hanya akan di capai dengan membelah proton-protonnya atau PEMBEBASAN ZARAH ALFA - Prinsip Penolakan Columb. Selain dari DAYA NUKLEUS LEMAH, daya keunsuran lain yang terdapat pada nukleus atom ialah DAYA GRAVITI (berhubung dengan berat atom), DAYA NUKLEUS KUAT dan DAYA KEELEKTROMAGNETAN.

Meskipun capaian mata melalui mikroskop elektron menggambarkan atom umpama sebiji pepejal bulat dan padat pada hakikatnya ianya cuma terdiri dari daya-daya yang berpadu.

Dikatakan atas nama ketidakseimbangan neutron-proton menyebabkan terwujudnya daya nukleus lemah. Lantas daya ini menyebabkan pembuangan/penyerapan elektron berlaku. Setelah itu, dikatakanlah bahwa atom tersebut bercas. Atom yang bercas secara automatik akan menghadirkan kinetik pada atom tersebut yang mengaruhkan daya elektromagnetik.
Di penghujung, kehadiran daya elektromagnetik akan membenihkan gelombang mutlak yakni CAHAYA a.k.a NUR.

Hadirnya NUR maka terpelihatlah akan ikatan-ikatan daya-daya yang membentuk DNA. Paduan DNA yang seturusnya mewujudkan organ-organ yang membina tubuh. DAYA jua memperlihatkan satu rantaian sistem yang agung yakni si DIA “TUHAN YANG MENSYARIATKAN”.

Masihkah lagi kita sombong mengatakan kita ADA sedangkan yang membentuk tubuh dan isi-isinya adalah SANG DAYA?

Maka, alaslah materialisasi diri dengan Kalimat HAUQALAH:-
“LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL AZIM”.




Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

No comments:

Post a Comment