Saturday, February 7, 2009

Nur DAYA

Pencarian kepada asas alam ini diketemukan oleh penemuan cahaya. Namun fantasi ilmu sains yang senantiasa menjadi proksi kepada rahmat bagi TUHAN ada memperjelaskan lagi akan diri Sang Cahaya. Maka bermula di sini di selak kepada pengkajian terdahulu dalam mempercerita serta memperincikan akan kefantasian asalnya cahaya.

Sebagai imbasan; melalui pengkajian oleh saintis lampau jelas membuktikan bahwa cahaya bercirikan gelombang. Pembuktian ini adalah melalui ujikaji yang dijalankan oleh Christian Huygens yang mana cahaya tidak terpengaruh oleh graviti serta pembuktian oleh Thomas Young pada abad ke-18 bahwa cahaya boleh dikutubkan. Ini melangsungkan gelombang untuk diiktiraf sebagai asalnya cahaya. Untuk keyakinan yang lebih hakiki elok kiranya diperhujahi dan kaji dalam terhadap apa yang digelar sebagai GELOMBANG.

Faraday (1845) telah menemukan bahwa sudut pengutuban sinaran cahaya mempunyai respons terhadap magnet. Pembuktian pertama ini menyatakan bahwa cahaya berkait dengan keelektromagnetan. Lantas beliau mengusulkan bahwa cahaya ialah getaran elektromagnet frekuensi tinggi yang boleh merambat. Teori cahaya sebagai gelombang elektromagnet diperyakinkan lagi oleh James Clerk Maxwell pada pengakhiran abad ke-19 dimana beliau menemukan cahaya tidak perlu medium untuk merambat –: bukti bahwa cahaya adalah GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK.

James Clerk Maxwell adalah individu yang meramalkan kewujudan entiti gelombang elektromagnetik dan Heinrich Hertz mengesahkan kemudiannya. Maxwell menghasilkan persamaan bentuk gelombang magnetik dan elektrik yang mendedahkan sifat semula jadi seperti gelombang seperti medan elektrik dan magnetik serta bentuk simetrinya. Disebabkan kepantasan gelombang elektromagnetik diramal oleh persamaan gelombang menyamai dengan kelajuan cahaya yang diukur, maka Maxwell merumuskan bahawa cahaya itu sendiri adalah gelombang elektromagnetik. Menurut persamaan Maxwell medan elektrik berbeza masa menghasilkan medan magnetik dan sebaliknya dalam bentuk ayunan. Ayunan medan ini bersama-sama menghasilkan gelombang elektromagnet.” - WIKIPEDIA

Seterusnya, gelombang elektromagnet terwujud oleh pergerakan zarah bercas (elektrik) pada sesusatu medan/kawasan yang mana medan itu turut mengeluarkan DAYA ELEKTRIK. Zarah bercas pula ditafsirkan sebagai atom yang mana bilangan elektron dan proton yang tidak seimbang. Keadaan (bercas) ini mewujudkan daya untuk berkinetik bagi atom tersebut supaya bergabung dengan atom yang tidak stabil yang lain. Penggabungan tersebut bertujuan untuk mewujudkan paduan daya dalam keseimbangan cas atau kestabilan. Kesan sampingan dari kinetik/pergerakan zarah bercas (daya) tersebut telah mewujudkan gelombang elektromagnetik yakni cahaya. Sebaliknya, zarah dalam keadaan keseimbangan daya (tanpa cas) pula adalah neutral yang mana daya-daya yang berpadu telah membentuk satu TENAGA KEUPAYAAN di dalam atom.

Oleh yang demikian, dipertahkikkan bahwa cahaya terhasil dari kinetik sesuatu zarah yang bercas yang mana kinetik itu pula ditunjangi oleh kewujudan daya-daya atau cas pada zarah itu sendiri.

JADI, Kun Alam dek CAHAYA, Kun Cahaya dek TENAGA (kinetik), Kun Kinetik dek DAYA(cas).


...dan seruan keramat AZAN memperjelaskan seluruh umat bahwa;
“TIADA DAYA (cas) DAN UPAYA (tenaga) MELAINKAN ALLAH (TUHAN)”.

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

1 comment:

  1. TBS ada masalah dgn talian internet. Sape2 yg boleh bantu, silalah hubungi TBS.

    ReplyDelete