Sunday, February 15, 2009

Manusia Kitar Semula


Di pertengahan tahun 90an, Gerakan Muzik Bawah Tanah Malaysia (MALAYSIAN UNDERGROUND SCENE) telah menapak ke satu aras baru yang mana sebelumnya ia agak tertutup dan wujudnya tersembunyi. Penganjuran konsert @ gig lebih kerap diadakan pada waktu itu. Piccadilly bersebelahan Kompleks Atria di Damansara Utama adalah antara lokasi gig yang masyur waktu itu yang seringkali menampilkan kumpulan/band UG tempatan seperti Boot Off, Bollock, Caburator Dung, Project A.K, N.E.T, The Pilgrim, A.C.A.B, Sub-Culture, OAG dan juga Butterfingers (sekadar menyebut beberapa nama yang masih tersemat di dalam memori).


Perkembangan dan infomasi UG tempatan kebanyakannya disebarkan melalui majalah buatan tangan (zine) yang difotokopi dan diedarkan dari tangan ke tangan. Modus operandi sebeginilah menjadi degup jantung UG tempatan hingga ke hari ini. Zine-zine ini selalunya spesifik kepada aliran muzik tertentu yakni zine grunge semestinya mengisahkan perkembangan grunge, punk untuk punk dan seterusnya bagi aliran muzik-muzik yang lain. Antara aliran muzik yang popular pada masa tersebut ialah Punk, Oi!, Grunge, Brit-Pop/Indie dan Hard Core (yang menghadirkan kumpulan seperti Sepultura, Linkin Park, Korn).


Apa yang menarik pada UG ialah setiap cabang muzik mempunyai identiti pemakaian tersendiri. Kita boleh melihat pengikut Punk dengan rambut "spiky" mereka serta kumpulan Oi! pula penampilannya yakin dengan berkepala botak lantas mereka lebih dikenali dengan Skin Head. Grunge pula tidak lepas dengan jeans serta round neck T-shirt yang dipasangkan dengan Convers All Star . Manakala Hard Core pula kemas tampil dengan pakaian ala Rappers.


Kebanyakan peminat/pengikut/pejuang UG ini adalah dari golongan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Latar belakang sebagai pelajar menjadikan sumber kewangan mereka terhad. Maka premis alternatif untuk membeli pakaian ialah kedai pakaian terpakai a.k.a BUNDLE. Bundle menjadi pilihan utama kerana pilihan yang pelbagai selain harga yang murah untuk pakaian yang berjenama.


Namun, pemakaian pakaian 2nd hand ini melahirkan rasa kurang enak bagi rata-rata dewasa, ibubapa dan kebanyakan masyarakat. Dek kelusuhan pakaian-pakaian tersebut membuat kebanyakan awam berpendapat ianya kotor, kelas kedua tidak kurang jua yang mengaitkan dengan penagihan dadah. Meskipun pakaian tersebut bersih dan menutup aurat.


Sikap masyarakat ini seringkali menjadi cabaran besar bagi semua UNDERGROUNDERS dan selalunya langkah terbaik untuk mengelak dari cacian ialah tutup mata pekak telinga. Tiada apa yang dapat diubah kerana hakikat manusia memilih yang cantik. Yakah begitu?


“Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.” (An-Nisaa’:49)

Kekadang terbit persoalan perlukah ada double standards pada pakaian yang lama atau terpakai. Perlukah dihina diri pemakai akan pakaian pakai 2nd hand ini? Walhal, jika diamati, hakikat diri entiti tubuh manusia menyatakan bahwa tiada satu pun unsur baru. Kesemuanya, bermula dari tisu, organ, maupun alam sekeliling mereka hanyalah bahan guna semula.


Atom dan molekul sebagai asas yang membentuk alam dan manusia adalah atom yang dulu, yang hadir sejak dari mula. Masa hanya merubah bentuk penggabungan atom-atom ini bukan unsur atom tersebut. Misal contoh:


Satu atom oksigen yang berasal dari satu mayat diurai oleh bakteria telah berpadu ia dengan atom hidrogen lalu membentuk molekul air di dalam tanah. Air itu berkembang menjadi mata air lalu disedut oleh akar rumput. Oksigen pada air tadi kini terpecah ikatan lantas bersatu dengan atom-atom lain membentuk molekul klorofil pada dedaun rumput. Seekor kerbau datang meragut rumput itu dan tindak balas dalam tubuh kerbau menukarkan oksigen pada dedaun rumput tersebut menjadi struktur protein yang membentuk dagingnya. Tiba waktunya kerbau disembelih dan dagingnya dijual, dibeli, dimasak dan dimakan manusia. Akhirnya kembali atom oksigen tadi kepada tubuh manusia.


Jadi apa yang dibanggakan manusia pada benda baharu? Sedangkan keseluruhan tubuh dan alam sekeliling mereka adalah bahan kitar semula yang hadir sebagai pelengkap kepada satu ekosistem.


“Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”(Yunus: 56)

This article dedicated to all Picad Undergrounders. Where and who you are just nothing important. May GOD bless you and your family.


Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

6 comments:

  1. Manusia Kitar Semula... Manusia Berjiwa Hamba...

    ReplyDelete
  2. Tq Tuan. Cuba masuk balik... da ok kot.

    "Jerit" skit k.

    ReplyDelete
  3. manusia kitar semula mgkn punya pemikiran dan jatidiri yg kuat dari manusia yg hanya tetap berdiri di dalam kitaran mereka sendiri (kera sumbang dsb) pastu hanya tau mengampu,membodek, menjatuhkan org lain dr cuba menwujudkan persekitaran yg aman.

    ReplyDelete
  4. Manusia sering menekankan konsep kitar semula tanpa sedar jasad mereka sebenarnya adalah dari bahan terpakai.

    ReplyDelete
  5. air longkang = kotor. Disejat oleh matahari.. NAIK ATAS jadi awan.. turun hujan.. jadi air bersih..

    air yang kotor.. dipulangkan kepada ASALnya.. maka jadilah bersih..

    Bila kembalikan pada empunya hak.. itulah konsep kitar semula.. DARI AKU KAMU DATANG.. KEPADA AKU KAMU KEMBALI...

    ReplyDelete