Wednesday, June 30, 2010

penJAJAH atau penaja JAJAH?



Kemasukan Inggeris ke Tanah Melayu (TM) digazet sebagai suatu penjajahan oleh buku sejarah terbitan Malaysia dan ianya jua menjadi silibus persekolah. Benarkah ia begitu?

Mauduk kemasukan Inggeris ke TM adalah untuk tujuan dagang bagi mendapatkan sumber galian yang diperlukan oleh Zaman Industri Eropah. Sebagai genuine businessman, Inggeris mempunyai etika perniagaan yang cukup sistematik serta perancangan perniagaan yang cukup lengkap pada waktu itu.

Bermula dengan pewujudan satu syarikat tajaan kerajaan mereka (naungan Ratu Elizabeth I) yakni Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Inggeris menyusup masuk ke Timur dan seterusnya ke TM. SHTI ditubuhkan bagi membentuk hubungan perniagaan Inggeris dengan Timur. Melalui strategi pemasaran yang cukup terperinci, setiap jalinan perniagaan dimulakan dengan toleransi tanpa mengangkat senjata (meskipun ia mampu beruat demikian). Inggeris tampil sebagai rakan niaga yang ikhlas ingin melabur dengan Timur dan mewujudkan konsep menang-menang.

Dengan keterampilan positif, karisma serta baik budi Inggeris datang ke TM untuk memajukan estet getah selain menjalan perlombongan bijih timah yang amat menguntungkan. Langkah pertama Ingeris ialah mendapatkan restu Sultan. Melalui kajian mereka Sultan adalah objek yang paling berpengaruh di TM ketika itu – A Sultan maka A lah rakyat. Justeru, bagi mendapat restu dan keyakinan baginda, SHTI mempersembah pelan-pelan perniagaan yang baru yang memberangsangkan, yakni keuntungan 100% tanpa modal dan ianya langsung tidak boleh Sultan mengatakan tidak kepada tawaran yang disyorkan.

Perincian tawaran Inggeris mungkin tidak dapat diperincikan kerana tiada rekod dijumpai. Pun begitu ianya boleh diumpamakan begini;

  • Pemajukan tanah-tanah hutan oleh aktiviti ekonomi yang hasilnya boleh dieksport ke Eropah mendatangkan keuntungan besar.
  • Sultan menjadi rakan niaga SHTI dalam setiap pelaburan yang dijalankan dan margin keuntungan SHTI di TM akan diperuntukkan kepada Sultan tanpa Sultan mengeluarkan sebarang modal!
  • Pun begitu penyenaraian Sultan di dalam pengurusan SHTI di TM adalah secara sembunyi agar tidak menampakkan kompromi Sultan dengan Inggeris dan Sultan adalah lebih kepada sebagai ahli kongsi tidur!

Tawaran sampingan...

  • Melancong ke eropah dan menginap di hotel mewah percuma.
  • Pakej ini termasuk full entertainment package serta berjudi bersama Ratu Inggeris
  • Kereta percuma beserta barangan mewah seperti pistol dan paip emas.
  • Pendidikan percuma kepada anak Sultan di sekolah-sekolah ternama TM dan tawaran sambung belajar ke IPT ternama di Eropah.
  • DLL

Dengan keadaan TM ketika itu mampukan Sultan berkata tidak?

Bertitik tolak dari situ Inggeris mula menjalankan operasinya seperti dirancang. Tanah-tanah milik kerajaan (Rakyat) mula dipecah lot dan digezetkan oleh kerajaan pimpinan Sultan untuk aktviti-aktiviti industri tertentu mengikut pelan pelaburan Inggeris. Benih getah di bawa masuk, ditanam dan dituai hasilnya. Begitu juga dengan tanaman-tanaman ekonomi yang lain. Lombong digali bagi mendapatkan bijih timah. Pada masa yang sama gula-gula untuk sultan terusan di beri oleh Inggeris agar Sultan tidak ambil peduli tentang kegiatan ekonomi yang dijalankan – perjalanannya, untung ruginya serta implikasinya. Perkara ini beterusan untuk beratus tahun!

Sampai ketika, kegiatan Inggeris tidak boleh dikawal hingga mengganggu privacy pembesar-pembesar tempatan. Ianya mendatangkan perasaan tidak puas hati di kalangan mereka. Apabila ini berlaku Inggeris akan merujuk business partnernya yakni Sultan agar segala isu tidak menjejaskan kegiatan pelaburan yang sedang pesat berjalan. Cara penyelesaian berbentuk perbincangan/perjanjian dipraktik Inggeris dengan memproksikan Sultan. Sebagai rakan kongsi Sultan terpaksa memihak kepada Inggeris selain dek rasa termaka budi dan mengharap budi-budi yang berikutnya. Dan apabila Sultan bertitah tiada yang akan membantah. Pembesar dan rakyat harus taat, Sultan itu daulat!

Pun begitu kesabaran pembesar sampai hadnya pabila tindak tanduk Inggeris mengganggu periuk nasi, memelakangkan kuasa politik serta pengurangan kepercayaan Sultan terhadap pembesar tempatan. Lantas tindakan sendiri terpaksa diambil meskipun membelakangkan Sultan. Ekoran itu berlaku peperangan kecil dan pembunuhan.

Sebagai langkah terakhir dalam mengekalkan pelaburan mereka agar selamat, Inggeris melalui Sultan mengistihar semua penentang adalah derhaka kepada Sultan. Maka mereka itu sah disisi undang-undang untuk dibunuh! Dan itu yang berlaku. Ramai pembesar dan pengikut rapat mereka diistihar derhaka, dipenjara dan dibunuh. Perkara ini keterlaluan dan mendatangkan kegusaran dan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat terbanyak. Lastas, Inggeris bertindak membuang negeri bagi Sultan dan pembesar pro–sultan bagi meredakan ketidak puasan hati rakyat kepada mereka. Walhal, ia adalah percutian percuma sepanjang tahun!

Dan jawab soalan berikut; -

Siapa penJAJAH dan siapa pula penaja JAJAH?


Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)