Thursday, February 17, 2011

free-MAS-on

Perlembagaan Persekutuan (PP) mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. merupakan dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956 dan semestinya keseluruhan proses penggubalan dan isi pelembagaan persekutuan memenuhi syarat-syarat yang digariskan oleh Permaisuri England pada ketika itu yakni DYMM Ratu Elizabeth II.

*Suruhanjaya Reid telah mengadakan 118 mesyuarat di Tanah Melayu dan laporan penuh telah dipersembahkan ke Rom!


Pada kulitnya PP mrupakan satu lambang sebuah negara berdaulat yang berpelembagaan tapi pada hakikatnya ianya digubal oleh Reid dan rakan-rakan hanya untuk menjadi tali pedati agar Si Kerbau Tanah Melayu (Malaysia) kekal di tambatan, tunduk menarik pedati ke arah lorong yang dihajati serta pemerahan susu dapat disambung sebagai warisan penjajahan.

Bermauduk dari penyataan di atas maka wujudlah PP yang berasaskan konsep Raja Berpelembagaan (RB). RB merupakan adaptasi daripada sistem beraja kerajaan Britain yang menetapkan DYMM Yang Dipertuan Agong menjadi ketua Negara dan Sultan sebagai pemerintah negeri. Makhluk-makhluk itu juga menjadi ketua agama!

Mengapa Sultan dilantik sebagai ketua? Kerna Sultan adalah teman rapat kerajaan Britain (Ratu England). Mungkin posting yang lalu bertajuk “Penaja-Jajah” dapat dirujuk untuk memahami keakraban pertalian duo ini. Siapakah mereka ini sebenanya? Adakah sekadar rakan kongsi perniagaan atau lebih dari itu?

Jom Heboh!

Ratu Elizabeth II selain menjadi Ratu England baginda jua selaku Penaung ke-33 FREEMASON. Malah jata-logo kerajaan Britain memberikan bukti-bukti kukuh mengenai penyataan ini. Silalah buat penyelidikan sendiri sebagai kepastian.Segalanya tersedia di internet. Abaikan dua ayat terdahulu sekiranya anda sedia maklum.

Selain itu, ingatkah lagi pada Thomas Stamford Raffles? Dia mula menyertai Kompeni Hindia Timur-Inggeris sebagai kerani pada umur 13 tahun. Dia dikhabarkan sangat bijak dan pada tahun 1805 dihantar ke Pulau Pinang sebagai Pembantu Seketari Gabenor. Menjadi Leftenen Gabenor di Jawa pada 1811-1816 dan seterusnya membuka sebuah cawangan Freemason yakni Lodge Vertutis et Ards Aminci, Jawa. Selain pembuka Perlabuhan Singapura dia juga menjadi antara 10000 Famous Freemasonry!

Di tengah Laut Cina Selatan, ExxonMobil merupakan rakan niaga Petronas (Kerajaan Malaysia) dengan menjalankan operasi di 43 buah pelantar minyak di sekitar perairan Terengganu. Berkonsepkan profit sharing EM menjalankan operasi di seluruh dunia dan terbau di Iraq. Sejarahnya, dikenali sebagai S.O (Standard Oil) seterusnya menjadi ESSO. Setelah itu dikenali pula sebagai Exxon dan kini menjadi ExxonMobil setelah penggabungannya dengan Mobil menjadikan ia syarikat minyak dan gas nombor satu dunia. Pada awal pengwujudan S.O, John D. Rockefeller adalah antara penaung yang bertangungjawab. Hebatnya The Rock ini selain menaja Nazi dan Hitler pada WWII dia juga menguasai hampir 80% hartanah di Israel! Hanya satu objektif yakni mewujudkan Negara Zionis lantas membina semula Kuil Sulaiman di atas tapak Masjid Al-Aqsa – Niat Fremason!

Melakukan pelbagai perkara kebajikan menjadi modus operandi Freemason demi untuk menarik lebih ramai pengikut. Antaranya dengan mendaftarkan kelab-kelab amal seperti Lion Club & Rotary Club. Sekarang anda mungkin terfikir mengapa kelab tersebut berunsurkan SINGA! Singa-England-Piramid-Firaun. Hubungkahlah sendiri. Dan bagi cawangan Perak Darul Syurga penaung kelab ini ialah DYTM Seri Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah!


Perungkaiannya:-

Patutlah PP dirujuk ke Rom sebelum diluluskan. Rom – Vatican!

Patutlah Permaisuri England kamceng dengan Sultan Melayu!

Patutlah Sultan dilantik menjadi ketua Negara/negeri!


Dan malang sekali… Sultan mengetuai agama ISLAM. Ketua ini adalah bermaksud –:

merancang perkembangannya, dakwahnya, ulamanya, silibus pengajiannya, hukum-hukamnya, cerita-cerita ghaibnya, dll yang kadangkala kita pun tidak terfikir

P/S: Ini juga berlaku di Arab Saudi!


Jadi mungkin terjawab mengapa TUHAN tak pernah NYATA pada kamu!

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)