Di tetapkan pada syariat bahwa Ramadhan diwajibkan untuk sekelian umat berpuasa. Puasa yakni menahan lapar dan dahaga pada waktu siang serta tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Pun begitu, jika ditoleh melaui positif sains puasa merupakan langkah merehatkan seketika sistem penghadaman yang mana bermanfaat untuk kesihatan badan.
Ketika menjalani ibadah ini, keseluruhan dituntut untuk sabar, mengurangkan aktiviti yang sia-sia, memperbanyakkan ibadah sunat serta berbuat kebaikan sepanjang masa. Malah sahur dan berbuka jua mewujudkan disiplin pada kehidupan harian selain mengeratkan siraturahim kekeluargaan.
Kelihatan keseluruhan di atas mempamerkan puasa membawa kepada kebahagian lahiriah. Puasa seolah-olah menjadi turning point atau reset kepada kehidupan sepanjang tahun yang sedikit sebanyak telah lari dari landasan betul. Melalui puasa kita belajar menahan sabar yang lebih merupakan cara menangani stress. Berbuka bersama keluarga akan merapatkan seluruh keluarga yang selalunya sebuk dengan aktiviti kehidupan lantas jarang makan bersama. Tarawikh pula lebih mempebetulkan siraturahim yang renggang di kalangan kariah. Ianya yang berbentuk jemaah membolehkan dua muka yang jarang bertemu dapat bersalaman selepas solat. Magiknya puasa.
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA” (Al-baqarah, 183)
Jelas puasa membawa kepada kecemerlangan zahir. Namun mungkin boleh kita berbincang bagaimana puasa boleh menjadi jalan kepada keTAQWAan seperti yang diperjelaskan melalui firman di atas? Adakah dengan menahan lapar serta mengerjakan semua rukun puasa kita menjadi orang yang bertaqwa? TAKWA bermaksud memelihara. Tapi apakah yang perlu dipelihara? Atau kita boleh menjawab yang perlu dipelihara ialah amal baik. Tapi masih ramai yang berpuasa tapi masih mendirikan maksiat. Jadi bagaimana sebenarnya?
Puasa pada dasarnya ialah menahan nafsu atau lebih tepat mempertingkatkan nafsu dari satu tahap kepada tahap yang lebih baik. Semua maklum bahwa rukun puasa bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia. Nafsu ini lebih ringkas jika dikenali dengan KEHENDAK. Kesimpulan awal dapat dinyatakan bahwa puasa ialah menahan kehendak.
Jika ini titik tolaknya, bagaimana pula kita bisa menahan kehendak dengan memelihara amalan baik. Jelas secara tersuratnya perkara ini amat payah berhubung. Jadi perlu maksud yang lebih mendalam bagi memperihalkan puasa.
Pada peringkat awal tampak puasa adalah aktiviti menahan kehendak. Namun untuk tahap yang berikutnya puasa sebenarnya ialah latihan untuk membuang sepenuhnya sifat kehendak pada diri. Pembuangan ini bermaksud pemulangan. Ke mana pula hendak dipulang?
Melalui Sifat 20 Kehendak ialah Iradat yakni sifat TUHAN. Kita sebagai makhluk adalah tidak layak mengakui bahwa kita yang berkehendak. Mutlak semua gerak adalah diriNYA. Maka sifat kehendak tadi jua adalah mutlak milikNYA. Oleh yang demikian pulangkan sifat Kehendak tadi kepada yang empunya. Bertitik tolak dari sini maka pulangkanlah segala sifat yang terdapat pada tubuh kotor kita kepada yang MUTLAK. Inilah pemulangan sebenar. Pemulangan diri kepada TUHANnya. Inilah yang dikatakan INNALILLAH WAINNA ILAHIROJIUN – DATANG DARI TUHAN KEMBALI KEPADA TUHAN.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Ali Imran, 14)
Maka TAKWA yang membakwa maksud PELIHARA itu bukan hanya sekadar menjaga amalan baik malah ianya tepat dinyata sebagai MEMELIHARA HAK TUHAN.
Puasa ialah memulangkan KEHENDAK (IRADAT KETUHANAN) kepada TUHAN dan ia membawa kepada keTAQWAan (MEMELIHARA HAK TUHAN).
*Sekadar berkongsi dan selamat menghayati ramadhan, nuzul quran dan malam al-kadar.
Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)
selamat berpuasa bro, raya tahun ni taiping atau batu masjid?
ReplyDeleteSalam azam2066,
ReplyDeletePagi rayo samo rombongan, potang lopeh zuho ke tepeng.