ISRAK dan MI'RAJ (IM) oleh Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu perkara ghaib timbul di kalangan umat Islam khususnya dan kepada pengkaji agama amnya. Ini kerana perjalanan IM adalah sangat mustahil memandang pada zaman tersebut tiada jentera atau tunggangan yang mampu menjadikan perjalanan Rasulullah sesingkat seperti yang diriwayatkan. Kemusykilan ini bertambah rumit bilamana hadith di bawah timbul;
a) Bertanya para2 sahabat kepada Saidina Abu Bakar r.a: 'Apakah benar Muhammad' 'mi'raj kelangit?' Saidina Abu Bakar menjawab: 'Bahkah, benar'.
b) Bertanya para2 sahabat kepada Siti Aisyah r.a: 'Benarkah Muhammad mi'raj semalam?' Siti Aisyah menjawab: 'Tidak, beliau tidur di sebelahku semalam'.
Jadi tidak hairanlah jika berlaku penentangan pendapat mengenai peristiwa IM ini. Si Penjunjung Agama yang membuta tuli sudah pasti berpegang kepada hadis pertama dengan alasan masakan Si Muhammad Al-Amin berbohong malah kayakinan 100% yang ditunjukkan oleh Abu Bakar r.a mempastikan IM itu benar-benar berlaku. Pun begitu bagi Si Pengkaji Agama, dia menjadi was-was dalam keilmuannya dek kejadian IM yang aneh beserta hadhirnya hadis kedua.
Sebetulnya sesiapa pun seharusnya tidak mampu mengatakan IM benar atau batil melainkan ia berada bersama-sama Rasulullah S.A.W ketika baginda IM. Dan ini adalah satu lagi perkara mustahil yang diketengahkan. Bermula di sini izinkan aku mencoretkan sedikit nukilan/ide tentang IM ini.
"Maafin dengan penuh takzim agar ide ini dianggap kekosongan dalam ruang yang kosong yang tidak memberi makna apa-apa kepada apa jua pun. Jika ada yang bakal/akan/telah tersentuh, maka kemaafaan di keseluruhan buana yang dipinta."
Seperti diriwayatkan turun temurun IM Rasulullah S.A.W bermula dari Masjidil Haram (MH) di Makkah. Kesediaan maklum akan MA/Kaabah/Makkah adalah kiblat solat bagi umat Islam. Ianya menjadi simbol/ikon/tubuh/jasad bagi Islam. Dengan bahasa lain MA menunjukkan terdirinya/nyatanya/terzahirnya Islam. Bila disebut MH tergambar tempat kelahiran Islam, asalnya Rasulullah, Kaabah, Kiblat, Haji, Telaga Zam Zam, Ibrahim dan Ismail serta banyak lagi.
Maka jika ditamsilkan pada seorang insan, MH seolah-olah mewakili jasad/tubuh. Diterangkan di sini bahawa adanya insan itu kerna jasadnya. Nampaknya insan itu kerna tubuhnya. Mana bisa nyata insan tanpa tubuh. Meskipun dikatakan insan itu ada namun ia mustahil nyata tanpa jasad/tubuh.
Seterusnya, IM Rasulullah berarus dari MH ke Masjidil Aqsa (MA) di Palestin. Menurut cerita warisan perjalan antara dua masjid ini dijalani Rasulullah dengan berjalan kaki. Jarak keduanya seolah-olah hampir. Dek kehampiran yang itu maka Rasulullah hanya mengambil masa beberapa ketika untuk sampai ke MA yang merupakan kiblat pertama bagi solat umat Islam. Meskipun ia merupakan arah mata angin bagi permulaan solat namun kehadhirannya dimuka bumi umpama tiada jika dibandingkan dengan MH. Malah kedirian MA sering diganggu gugat sejak awal penubuhannya hinggalah ke saat ini. Pertelingkahan pemilikan berterusan oleh Islam dan Yahudi. Pun begitu umum sering terlupa MA jua merupa satu entiti penting bagi Islam. Jika tidak masakan ia dipilih TUHAN sebagai kiblat pertama.
Oleh yang demikian, penampakan MA pada seorang insan adalah laksana Ar-RUH. Sejajar dengan sifat ruh yang mana kehadhirannya seumpama tidak dirasai. Adanya semacam tiada. Berbanding jasad/tubuh ruh lebih keterbelakang/tenggelam. Meskipun ia adalah elemen/unsur abadi bagi insan! Kehampiran perjalanan Rasulullah dari MH ke MA adalah simbolik kepada rapatnya roh dengan jasad/tubuh. Selain itu, keadaan tidak tenteram dan sering digangu jua dialami oleh ruh dek pertembungan akal dan nafsu di atas timbul perasaan yang diterjemahkan oleh pancaindera.
Selanjutnya, IM Rasulullah disambung pengembaraannya dengan pertemuan Rasulullah dengan TUHAN di arasy / langit yang ke-tujuh. Perjalanan yang magic ini dihikayatkan bahwa Rasulullah menuju ke arasy ditemani Jibril dengan menaiki kuda yang berkepak atau lebih mashur dengan gelaran Buraq. Di perjalanan tersebut Rasulullah telah dipersaksikan dengan pelbagai perkara aneh. Dan dipenghujung kembara IM TUHAN telah mewahyukan akan baginda akan SOLAT.
Pada tafsir yang ini di tunjukkan bahawa arasy atau langit ke-tujuh bukanlah manifestasi kepada suatu koordinat atau sebarang lokasi. Ia adalah tamsil kepada keadaan TUHAN yang TINGGI/ESA/SENDIRI. Maka untuk mencapai kepada sesuatu yang MAHA TINGGI/DALAM perlulah dengan ilmu, proses pembelajaran, penemuan benda baru serta eksplorasi. Perkara ini digambarkan dalam peristiwa IM sebagai kejadian aneh yang disaksikan Rasulullah diperjalannya naik ke langit. Untuk mendapatkan ilmu atau penjelajahan pengajian seharusnya mempunyai mentor/sifu/pemimbing seperti yang digambarkan sebagai jibril yang menemani.
Pun begitu,segunungan ilmu maupun kefahaman dari ajaran guru yang murshid adalah mustahil untuk bertemu TUHAN jika tidak dengan bahagian/keizinan/ketentuan dari ZAT YANG MUTLAK itu sendiri. Dengan itu ditafsirkan akan ketentuan/keizinan/bahagian ini sebagai kenderaan pembawa iaitu Buraq.
Akhirannya pewahyuan solat dalam peristiwa IM merupakan simbolik kepada penyaksian diri kepada yang ESA atau penyatuan dengan ZAT MUTLAK atau pulang akan TUHAN kepada sifat KESENDIRIANNYA.
Oleh yang demikian, sebagai kesimpulan tampak peristiwa IM adalah satu simbolik perjalanan seorang insan yang kembali kepada TUHANnya. Dari bertubuh/berjasad akan insan itu lalu dia meninggalkan jasad kekal sebagai ruh yang hidup. Seterusnya dari ruh yang bersifat kembali kepada satu keadaan kesendirian TUHAN. Dengan kata lain IM ialah PERJALANAN DIRI TUHAN YANG BERSIFAT KEMBALI KEPADA ZAT YANG MUTLAK YANG SENDIRI DALAM FANTASINYA.
Sebagai secebis tambahan, IM memanifestasikan bahwa solat yang berkiblat ke Kaabah adalah sebagai penampakan tubuh/jasad seolah-olah menyembah Tuhannya (di alam zahir) walaubagaimanapun solat yang sebenar-benarnya ialah penyaksian jasad kepada asal kejadiannya yakni pulang jasad kepada ZAT YANG MUTLAK.
Nota: Artikel ini pernah disiarkan di tokbatinsenoi.forumotion.net
yang kat atas tu gambar buraq ke?
ReplyDeletecomelnye..
ada soalan:
1) masa IM, adakah siti aishah sudah menjadi isteri nabi saw?
2) masa IM, adakah masjidil aqsa dah wujud?
buraq bermaksud kilat
ReplyDeleteAKU tanya AKU jawab.
ReplyDelete1) masa IM, adakah siti aishah sudah menjadi isteri nabi saw?
- Ramai mengatakan HADIS ini Hadis palsu.
- Sepatutnya lebih ramai Muslim yang prihatin sebegini. Yang mempunyai soalan dan mencari jawapan. Bukan sekadar menjadi Pengikut Agama yang membuta tuli!
2) masa IM, adakah masjidil aqsa dah wujud?
- Aku tak tahu. Jika tak wujud, maka bertambah satu lagi tanda soal untuk IM ini. Malangnya jika persoalan dilontar kita dilabel sebagai TAK BERIMAN.
Bagi aku, IM adalah cerita di sebalik cerita.
Sama ada benar atau tidak bukan persoalan. IM hanya penerangan kepada yang PAHAM dan ianya bukan hikayat yang perlu dihafal jalan ceritanya tanpa menoleh kepada disebalik penceritaan IM itu sendiri.
betul tu ondak ompun.
ReplyDeleteada cerita disebalik cerita.
saidina abu bakar mengiakan pun sbb dia paham cite.
kita mengiakan sbb keturunan..
tq OO..
ooo buraq tu maksudnya kilat...baru saya tau.
ReplyDeletesalam perkenalan
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteade yg kata setiap rentetan IM adalah perjalanan dr awal solat ke akhir hingga luar solat...ehhhmmm macam2 tafsiran pepon yg penting belajar & terus belajar...
Hai Peoi!!!
ReplyDeleteapakah satu kebetulan dgn nuqil nenek (kitab nya buruk jer, kan?
Terserempak dengan laman web harun yahya dengan teori2 dunia cuma berada di daerah minda. Bahkan 'nuqil nenek' telah mendahului Harun Yahya secara detail, menceritakan tentang Alam AlQudus.....wadah terbit 'keberadaan' dan 'kelenyapan segala'
Wali Batu Mesjid????? keh! keh! Keh!