Monday, September 7, 2009

iqra'


“BACALAH dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan.” (Al ’ Alaq: 1)

Sesungguhnya BACALAH dalam ayat di atas membawa makna yang besar dan bukan sekadar maksud yang sempit yakni suruhan membaca Al-quran dimulai dengan lafaz BASMILLAH, ataupun memulakan aktiviti ilmu dengan bacaan BISMILLAH. BACA yang dimaksudkan oleh ayat di atas membawa maksud KAJI, TELITI, AMATI, CARI, HAYATI, KENALI serta FAHAMI. Atau lebih mudah difahami jika diucapkan sebegini, “DEY, BACALAH!“.

Secara dasarnya ayat di atas menyuruh kita mengenali apa itu TUHAN atau memahami Konsep Anutan dan Ketuhanan melalui DIRI yang telah terbina cipta. Ayat ini yang pertama diturunkan kepada Rasulullah jelas membuktikan bahwa pentingnya untuk insan mencari kenal TUHANnya. Malah penekanan pencarian kepada entiti TUHAN ini jua disokong melalui sebuah Hadits Qudsi yang menyebut ;

“Aku ada Kanzun Mahfiyan (yang terpendam dan tertutup). Aku ingin ditemukan dan dikenali. Kuciptakan makhluk agar mereka mengenal-Ku.”

Malah di suatu firman lain jua menyatakan yang bermaksud;
"Awal Agama Itu Mengenal ALLAH " jua membuktikan lagi pentingnya untuk menuntut ilmu mengenal TUHAN.

Pun begitu, penuntutan ilmu ini bukan bermaksud kita hanya perlu mencari ustaz atau kiyai di sekolah-sekolah pondok lastas membuang keperluan kehidupan ketika ini yakni mengetahui sains teknologi yang membawa kemajuan. Pendapat sempit di atas perlu diperbetulkan kerana TUHAN tidak pernah menetap sebarang cabang-cabang ilmu tertentu untuk mencariNya. Justeru, tidak boleh dijumutkan bahwa pencarian KETUHANAN itu terhad kepada ilmu agama sahaja sebaliknya ia juga boleh dilakukan melalui cabang-cabang ilmu yang lain seperti falsafah maupun sains. Bagaimana dan caranya itu yang perlu diteliti lagi. Sedia maklum bahwa TUHAN itu mencakupi dan bukan terkongkong di sesuatu daerah.

Maka, pada diri yang bernafas, perlu kita bertanya. Adakah tuntutan yang turun melalui ayat Al-Quran yang pertama ini telah kita penuhi? Sampai bila kita harus menyembah kepada sesuatu yang tidak dikenali. Perlukah lagi kita panjatkan doa kepada sesuatu yang tidak nyata pada mata zahir maupun mata hati kita?

TUHAN ialah ghaib dan ghaib itu satu dari rukun iman. Yang ghaib itu tidak akan dapat dikesan melalui retina atau apa jua organ biologi. Ghaib perlukan keyakinan dan secara fitrah keyakinan kan longgar sekiranya ia tidak diserta pengalaman, rasa, penampakan yang mewujudkan kepercayaan. Jadi sampai bila kan terusan begini?

Sesungguhnya, penyaksian dalam SYAHADAH, penDIRIan solat bukan sesuatu yang ringkas dan ringan. Pahala dosa bukan untuk dihitung tapi dirasa. Syurga neraka bukan untuk imbuhan tetapi merupakan tahap IMAN insan. Jua memahami teori NAFSIAH TUHAN serta keESAanNya pada dunia yang berbilang ini. Kesemua ini berpangkalkan ilmu keTUHANan.

Oleh yang demikian, BACALAH (cari, teliti, kaji, telaah, fahami serta kenali) akan TUHAN yang menciptakan kamu. Kerna ia akan membuka jawapan kepada persoalan agama yang selama ini kita anuti secara membuta tuli tanpa mengetahui hakikatnya.

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

4 comments:

  1. bukan satu kerja yg mudah rasanya..

    ReplyDelete
  2. Artikel yang bagus dan menarik...
    salam kenal dan mampir balik ya..

    ReplyDelete
  3. Lulus Sutopo,
    Hanya sekadar berkongsi moga menjadi pencetus kepada sesuatu yang lebih positif.

    Aku,
    Di atas nama cerita ianya harus mempunyai story board, susah dan senang yang mewarnai kesempurnaanNya.

    ReplyDelete
  4. Tuhan yang Wujud dalam kekosongan HAKIKI.maka untuk mengenal-Nya perlu suluhan Nur dari sirr terdalam yang hanya dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..salam perkenalan.

    ReplyDelete