Kesyumulan buana ini dek kesepaduan daya jelas terbukti dengan wujudnya JASAD/ TUBUH. Daya yang pada asalnya adalah satu entiti tenaga yang ghaib terwujud tanpa warna dan ia melahirkan gelombang (NUR). Gelombang-gelombang yang pelbagai saiz/ panjang merambat kesemua arah dan perambatan bersudut tepat kepada retina manusia ditafsir otak sebagai warna. Tafsir warna ini menyatakan ghaib daya kepada penampakan berbentuk jasad yang bersempadan dalam pelbagai segi rupa.
"Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur). "(Ar-Ruum : 19)
Tanpa penghasilan gelombang, kewujudan daya akan kekal sebagai sesuatu yang lutsinar, jernih, suci atau berkeadaan dalam satu warna TUNGGAL. Tidak bersalahan, jika pada keadaan tersebut daya bolehlah ditafsirkan bagai SALBIAH sifatnya. Wujud yang tiada kesan akan kewujudannya malah sebahagian minda merdeka mentafsirkan keadaan ini sebagai TIADA yang ADA.
"Yang demikian itu ialah Tuhan Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang... "(As-Sajdah : 6)
Menoleh seketika kepada secebis naskah karangan Isaac (Ishak) Newton melalui HUKUM NEWTON KEDUA ada menyatakan bahwa DAYA ialah JISIM yang mengalami PECUTAN (perubahan halaju).
F = ma ; m=jisim, a=pecutan
JISIM ialah BERAT sesuatu jasad. Adanya jisim disebabkan wujudnya jasad. Mustahil ada jisim tanpa jasad atau sebaliknya. Meskipun sebuah jasad teringkas seperti atom hidrogen ianya tetap mempunyai jasad dan jisim. Maka hadir jisim dek wujudnya jasad dan keseluruhan jasad ialah ALAM!
PECUTAN pula ialah PERUBAHAN HALAJU. Yang mana HALAJU ialah hubungan pergerakan terhadap masa. PERUBAHAN HALAJU pula lebih tepat jika dikatakan kinetik dalam ruang/dua sempadan atau secara amnya ialah PEREDARAN ALAM. Setiap jasad yang tiada halaju atau kekal halaju malar jelas MATI keadaannya. MATI di sini bukanlah tiada bernyawa tetapi mati yang bermaksud tiada perubahan yakni KEKAL pada keadaan ASAL (kesamaan pada mula dan akhir).
Sedia kita maklum bahwa alam ini senantiasa mengalami perubahan. Siang dan malam. Pasang surut laut. Manusia yang lahir sebagai bayi dan mati sebagai orang tua. Mayat yang mengalami proses pereputan seterusnya terurai menjadi atom-atom yang ringkas. Bumi Acheh terubah petanya dek Tsunami malah nabi, ulama, pemimpin jua silih berganti. Jadi setiap jasad di dunia ini tidak lepas dari mengalami perubahan. Perubahan inilah mewujudkan kehidupan atau tepatnya PEREDARAN ALAM.
"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintah-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memahami (nya), dan Dia (menundukkan pula) apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan berlain-lainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran".(An-Nahl : 12-13)
Maka Hukum Newton Ke-2 lebih indah sekiranya ditafsirkan begini;
DAYA IALAH TAJALLI ALAM. “LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL AZIM” bermaksud TIADA DAYA UPAYA MELAINKAN ALLAH. Maka jelas DAYA itu dari TUHAN. Atau tepatnya ialah DAYA adalah proksi dan peranti kepada kewujudan TUHAN malah benar jika dinyatakan DAYA itu sifat TUHAN.
"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu." (Al Zumar ; 62)
Oleh yang demikian jelaslah bahwa alam dan peredarannya ialah BUAH TANGAN TUHAN yang dinamai NEWTON sebagai Al-Daya. Aku yang menulis dan kamu yang membaca tidakkan terkeluar dari ikatan DAYA yakni ikatan SIFAT TUHAN. MAKA SIMPULLAH MINDA DENGAN PROSA INI ; “ADA ALAM (aku dan kamu) DEK ADA TUHAN”.
"Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?" (Al-Qashah :60)
ALAM itu NAFSIAH,
PECUTAN / PEREDARAN ALAM itu MA’NAWIYAH.
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..." (Ar-Ruum : 30)
Dan sebagai kesimpulan;
"Sebab itu bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata." (Al-Naml : 79)
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..." (Ar-Ruum : 30)
Dan sebagai kesimpulan;
"Sebab itu bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya kamu berada di atas kebenaran yang nyata." (Al-Naml : 79)
Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)
Lepas ni huraikan pula pewarnaan 'rasa'.
ReplyDeleteboleh kongsikan mengenai getaran...
ReplyDeletecontoh tangan yg terasa ada arus elektrik... tq...
fahmi nak tahu sebab fahmi ada rasa getaran2 tu kat tangan..:)tapi tak tahu kenapa getaran tu ada kat tangan fahmi... :)
Salam Caturist,
ReplyDelete"Lepas ni huraikan pula pewarnaan 'rasa'."
Akan disusuli kemudian. Pada ketika ini penjelasan sekadar menunjukkan bahwa JASAD itu TIADA. Yang ada hanya DAYA. Yang mana DAYA itu datang dari TUHAN. Bila bercoleteh mengenai DAYA kita tak lepas dari membelek Hukum Daya terutama dari NEWTON. Nyata, dengan sedikit penerangan, Hukum dari NEWTON meskipun beliau YAHUDI berjaya mengesahkan keESAan TUHAN serta menyatakan Sains dan Al-Quran.
Salam Fahmi Latiff
"boleh kongsikan mengenai getaran...
contoh tangan yg terasa ada arus elektrik... tq...
fahmi nak tahu sebab fahmi ada rasa getaran2 tu kat tangan..:)tapi tak tahu kenapa getaran tu ada kat tangan fahmi... :)"
Apa jua getaran di sebabkan oleh DAYA. Perbezaan dua daya yang bertindak pada sela masa berbeza menyebabkan kinetik atau getaran. Meskipun suatu jasad tampak diam ia tetap mempunyai Getaran Frekuensi Asli. Getaran inilah permulaan cerita keWUJUDan TUHAN. Getaran ini berkembang menjadi getaran-getaran yang lebih besar. Getaran menghasil gelombang seterusnya mewujudkan cahaya yang membawa kepada penampakan.
Jika di toleh dari sudut medikal bagi kes tangan anda: Tangan anda digetarkan oleh motor/otot yang terdapat pada tangan tersebut. Otot tersebut mendapat arahan dari otak. Arahan yang tersebut dikeluarkan setelah mendapat report dari reseptor. Kandungan report tersebut mungkin pelbagai, antaranya suhu tangan ada turun dari aras normal atau rembesan hormon yang memberitahu anda lapar atau sebab lain.
Yang pasti tanpa daya tiada getaran itu malah anda dan saya pun tidak akan ada.
terima kasih guru...
ReplyDeletefahmi suka panggil guru kepada orang yg buatkan fahmi memahami sesuatu...
terima kasih banyak2 salam buat guru...
fahmi panggil guru ondak boleh ker.. :)
Salam Fahmi Latiff
ReplyDeleteIlmu yang datang dari TUHAN hanya menjadi papan tanda arah bagi INSAN untuk menemukan TAUHID KETUHANAN. Adat dunia Si Penyampai akan digelar dengan pelbagai gelaran oleh Si Penerima ilmu. Pada hakikatnya ilmu, penyampai dan penerima datangnya dari TUHAN dan jua akan kembali kepada TUHAN. Innalillah wainna ilaihirojiun.
Bila titik mula berbalik ke titik asal maka tiada ilmu, tiada gelar serta tiada segalanya melainkan TUHAN.