Friday, January 30, 2009

Daya

Setelah setiap insan dikebumikan, dibakar atau umumnya MATI, akan tiba segerombolan bakteria yang akan mengurai/mencerai/memecahkan akan jasad tadi kepada zarah-zarah yang lebih seni yakni kepada molekul dan atom. Zarah-zarah ini dikeadaankan tidak seimbang menyebabkan ia cendrung bertindak balas dengan atom2 lain di dunia ini. Sekiranya atom karbon (intipati tubuh) bertindak balas dengan atom hidrogen dari air maka terbentuklah ikatan hidrokarbon yakni bahan petroleum i.e metana, propana, butana dan na na yang lain. Maka dari jasad manusia bertukar menjadi petroleum.

Ditakdirkan pula ia bergabung dengan ikatan -OH maka bertukarlah pula ia menjadi kumpulan alkohol yang menjadi intipati utama bagi arak. Dari manusia yang sempurna bertukar ia menjadi sumber tenaga bagi kenderaan dan menjadi khamar yang haram. Ditakdirkan pula arak tersebut diminum oleh manusia dan pastinya atom karbon tadi menjadi jasad yang sempurna semula. Indahnya kejadian ini!

Apa yang dijelaskan disini hanya untuk menyatakan bahwa atom yang terdiri dari daya-daya (zat tenaga) itu adalah kekal. Yang berubah hanyalah penggabungannya yang mewujudkan jasad-jasad yang berbeza. Tidakkah daya itu bersifat MUTLAK (YANG KEKAL, YANG MENCAKUPI KESELURUHAN BUANA INI)?
Lalu tanda soal wujud untuk persoalan siapakah DAYA?

3 comments:

  1. Berkhayal dan teruskan fantasi.. agar otak ta' sentiasa sengal.

    ReplyDelete
  2. In progress...
    Banyak yang terkhayal namun masih belum ternyata (oleh mata jasad).

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Cari Aku Rasa Lah Sendiri Baru Engkau Rasa Gembira
    ~CARLSBERG~

    ReplyDelete