Monday, October 22, 2012

Yang Ikhlas


ESA yang membawa maksud hanya TUHAN sahaja yang WUJUD. Wujud yang membawa erti ADA. Sesungguhnya apa yang kita lihat adalah apa yang diTAFSIRkan oleh otak. Sekiranya, tanpa tafsiran otak kita tidak akan nampak apa yang didepan meskipun ia betul-betul dihadapan mata. Malah, sebetulnya  tafsiran itu bukan produk otak. Otak hanya menjadi tareqat,jalan atau asbab untuk tafsiran itu turun ke tubuh menyatakan kesempurnaan kejadian insan. Dan sebenar-benarnya tafsiran itu datang dari TUHAN. Tafsiran adalah cebisan ILMU dan ilmu itu adalah kepunyaan TUHAN. Tanpa tafsiran tiada apa yang dapat oleh disaksikan oleh kita. Maka, dunia ini hanyalah bayangan yang di tafsir oleh otak yang materialnya adalah ilmu dan pangkalnya adalah TUHAN. Tanpa tafsiran, tanpa ILMU maka tiadalah dunia yang kita lihat ini. Maka yang wujud pada ketika itu hanya TUHAN.
Demikianlah... Katakanlah bahawa TUHAN itu esa

Segala yang ada di dunia, apa jua kejadian adalah atas keizinan dan KEHENDAK TUHAN. Jika TUHAN tidak mengkehendaki ia berlaku maka ia tidak sama sekali akan berlaku. Begitu jualah sebaliknya. Kaya, miskin, jaya, gagal, lapang, sempit, hidup dan mati semua bergantung kepada TUHAN.
Demikianlah... TUHAN tempat  bergantung segala sesuatu.

TUHAN menjadikan sesuatu mengikut kehendakNya yang tersendiri. Segala yang terjadi adalah lahir dari diriNya dan untuk diriNya. Umpama perjalanan dari satu titik ke titik yang sama. Perjalan yang tidak berjalan. Demikianlah... Dia tiada beranak
Namun, seringkali insan mengaku bahawa kelakuan baiknya melahirkan rahmat TUHAN kepadanya. Hakikatnya rahmat yang turun itu adalah kerana TUHAN berkehendak akan ia rahmat itu turun kepadanya. Tidak langsung kejadian TUHAN itu bergantung kepada sebarang amalan insan. Malah semua amalan baik atau buruk insan adalah atas kehendak dan daya TUHAN itu sendiri. Segalanya telah tetap sebagai Qada dan Kadar. Demikianlah... dan Dia pula tidak diperanakkan.

TUHAN wujud dengan sendirinya. Dia yang mengadakan segalanya dengan ILMU dan KEHENDAKnya.
RekaanNya tersendiri dari material yang jua ciptaanNya. Segalanya dariNya untukNya.
Demikian... Dan tiada sesuatu menyerupaiNya.

“Katakanlah bahawa TUHAN itu esa. TUHAN tempat  bergantung segala sesuatu. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan. Dan tiada sesuatu menyerupaiNya”
Al-Ikhlas ayat 1-4


Dan IKHLAS itu ialah
1.       Melakukan sesuatu perkara semata-mata kerana TUHAN
2.       Sesuatu perkara itu adalah semata-mata kehendak TUHAN
3.       Semua perkara datang dari  TUHAN
4.       Hanya TUHAN wujud.
5.       ...
 
Pilih 1-5, ia tolok kenal DIRI.


Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)