Monday, February 9, 2009

Setiap Dambaan - Mohamad Nasir Mohamed


MERAHnya tekadmu,
Mewarnakan kalam,
Memancarkan wajah-wajah...
Yang berupa-rupa dalam kesatuan,
Menyanyilah.. la..la..la.. Bersajaklah.. la.. la..la..
Biar kau capai ku, Dalam pendakian...

Bila sampai nanti kitakan berkumpul
Lalu terbuka cerita lama
Terbongkarlah rahsia di setiap wajah
Menyanyilah.. la..la..la.. Bersajaklah.. la.. la..la..
Buailah.. la.. la..la..
Cintaku ...

Kau perhatikan perjalananku,
Kau perhatikan kalbu yang berdegup
Setiap nafas adalah engkau
Setiap nama, Setiap dambaan...

Dan aku serahkan tubuh ini
Buatku terima arahan baru
Selagi belum aku pergi, Selagi aku belum lupa lagi...

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

diri/dosa/neraka/pahala/syurga


DIRI terperi adalah tapak semaian kepada benih-benih DOSA.
DOSA yang bukan penghujungnya NERAKA.
DOSA yang membumi-langitkan keNERAKAan.

"Dan apabila sirah DOSA dan teromba NERAKA difahami"

Tumbuh suburlah tunas-tunas PAHALA.
PAHALA yang tidak berpucukkan SYURGA.
PAHALA hanya mamaksikan keSYURGAan.

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

Saturday, February 7, 2009

Nur DAYA

Pencarian kepada asas alam ini diketemukan oleh penemuan cahaya. Namun fantasi ilmu sains yang senantiasa menjadi proksi kepada rahmat bagi TUHAN ada memperjelaskan lagi akan diri Sang Cahaya. Maka bermula di sini di selak kepada pengkajian terdahulu dalam mempercerita serta memperincikan akan kefantasian asalnya cahaya.

Sebagai imbasan; melalui pengkajian oleh saintis lampau jelas membuktikan bahwa cahaya bercirikan gelombang. Pembuktian ini adalah melalui ujikaji yang dijalankan oleh Christian Huygens yang mana cahaya tidak terpengaruh oleh graviti serta pembuktian oleh Thomas Young pada abad ke-18 bahwa cahaya boleh dikutubkan. Ini melangsungkan gelombang untuk diiktiraf sebagai asalnya cahaya. Untuk keyakinan yang lebih hakiki elok kiranya diperhujahi dan kaji dalam terhadap apa yang digelar sebagai GELOMBANG.

Faraday (1845) telah menemukan bahwa sudut pengutuban sinaran cahaya mempunyai respons terhadap magnet. Pembuktian pertama ini menyatakan bahwa cahaya berkait dengan keelektromagnetan. Lantas beliau mengusulkan bahwa cahaya ialah getaran elektromagnet frekuensi tinggi yang boleh merambat. Teori cahaya sebagai gelombang elektromagnet diperyakinkan lagi oleh James Clerk Maxwell pada pengakhiran abad ke-19 dimana beliau menemukan cahaya tidak perlu medium untuk merambat –: bukti bahwa cahaya adalah GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK.

James Clerk Maxwell adalah individu yang meramalkan kewujudan entiti gelombang elektromagnetik dan Heinrich Hertz mengesahkan kemudiannya. Maxwell menghasilkan persamaan bentuk gelombang magnetik dan elektrik yang mendedahkan sifat semula jadi seperti gelombang seperti medan elektrik dan magnetik serta bentuk simetrinya. Disebabkan kepantasan gelombang elektromagnetik diramal oleh persamaan gelombang menyamai dengan kelajuan cahaya yang diukur, maka Maxwell merumuskan bahawa cahaya itu sendiri adalah gelombang elektromagnetik. Menurut persamaan Maxwell medan elektrik berbeza masa menghasilkan medan magnetik dan sebaliknya dalam bentuk ayunan. Ayunan medan ini bersama-sama menghasilkan gelombang elektromagnet.” - WIKIPEDIA

Seterusnya, gelombang elektromagnet terwujud oleh pergerakan zarah bercas (elektrik) pada sesusatu medan/kawasan yang mana medan itu turut mengeluarkan DAYA ELEKTRIK. Zarah bercas pula ditafsirkan sebagai atom yang mana bilangan elektron dan proton yang tidak seimbang. Keadaan (bercas) ini mewujudkan daya untuk berkinetik bagi atom tersebut supaya bergabung dengan atom yang tidak stabil yang lain. Penggabungan tersebut bertujuan untuk mewujudkan paduan daya dalam keseimbangan cas atau kestabilan. Kesan sampingan dari kinetik/pergerakan zarah bercas (daya) tersebut telah mewujudkan gelombang elektromagnetik yakni cahaya. Sebaliknya, zarah dalam keadaan keseimbangan daya (tanpa cas) pula adalah neutral yang mana daya-daya yang berpadu telah membentuk satu TENAGA KEUPAYAAN di dalam atom.

Oleh yang demikian, dipertahkikkan bahwa cahaya terhasil dari kinetik sesuatu zarah yang bercas yang mana kinetik itu pula ditunjangi oleh kewujudan daya-daya atau cas pada zarah itu sendiri.

JADI, Kun Alam dek CAHAYA, Kun Cahaya dek TENAGA (kinetik), Kun Kinetik dek DAYA(cas).


...dan seruan keramat AZAN memperjelaskan seluruh umat bahwa;
“TIADA DAYA (cas) DAN UPAYA (tenaga) MELAINKAN ALLAH (TUHAN)”.

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

Tuesday, February 3, 2009

Jika...


Jika ada cinta, cintailah keTIADAan.
Jika ada benci, bencilah keADAan.

Jika ada fikir, fikirlah keBODOHan.
Jika ada bodoh, lenyapkan keBODOHan.

Jika ada hidup, matikan keHIDUPan.
Jika ada mati, kekalkan keMATIan.

Jika ada realiti, hakikatnya keFANTASIan.
Jika ada jika, tiadalah JAWABan.


Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

Monday, February 2, 2009

Cahaya / Nur / Alam / Tuhan

Melalui pengkajian seorang ilmuan Islam iaitu Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham (965-c.1040) juga dikenali sebagai Alhazen mengasaskan teori umum yang menjelaskan tentang penglihatan. Dengan menggunakan geometri dan anatomi beliau menyatakan bahawa setiap titik pada kawasan yang disinari atau objek/jasad memancarkan sinaran cahaya ke semua arah. Pun begitu cuma satu sinaran dari setiap titik yang mengenai mata pada sudut tepat mampu dilihat. Beliau menganggap bahawa sinaran cahaya ialah arus zarah-zarah seni yang bergerak pada kelajuan terhad.

Teori Alhazen tersebut diperkuatkan lagi oleh Isaac Newton
melaui cadangan dalam bukunya yang bertajuk Hypothesis of Light (1675). Beliau menjelaskan bahwa cahaya adalah terdiri daripada zarah halus (partikel jirim) yang mana memancar pada semua arah dari sumbernya. Teori cahaya ini terusan berovolusi sehingga muncul Teori Kembaran Zarah-Gelombang. Teori ini diterangkan oleh Albert Einstein
pada awal 1900 berdasarkan hasil kerjanya berkenaan kesan fotoelektrik dan juga hasil kajian Planck. Teori di atas adalah hasil daripada penggabungan beberapa teori sebelumnya dimana ia mencadangkan bahawa cahaya adalah zarah dan gelombang.

Memetik dari sumber ilmiah atau eksplorasi sains di atas mendapati bahwa cahaya adalah satu gelombang yang merambat keluar dari sesuatu jasad yang mana kehadirannya dapat dikesan oleh mata seterusnya ditafsirkan oleh otak sebagai penampakan atau penglihatan.
Diperincikan lagi bahwa gelombang adalah satu makhluk yang mempunyai sifat pergerakan (perambatan), panjang atau jarak perambatan yang mewujudkan frekuensi. Sifat kepelbagaian panjang pada gelombang ini telah menghadirkan warna pada tafsiran otak. Ia dimulai dengan warna merah
bagi panjang gelombang terpanjang (frekuensi paling rendah) hingga ke ungu bagi panjang gelombang terpendek (frekuensi paling tinggi). Frekuensi-frekuensi perantaraan pula dilihat sebagai jingga, kuning, hijau, biru dan secara konvensionalnya indigo.

Sebagai contoh kes; gelombang cahaya yang diterima oleh mata dari sekuntum mawar adalah gelombang cahaya yang berjenis panjang maka ditafsirkan oleh otak bahwa mawar bewarna merah dan sebaliknya bunga senduduk memancar gelombang bersifat pendek dan kerana itu pancaindera penglihatan kita menyatakan ia ungu!

Tambahan, frekuensi-frekuensi luar julat penglihatan manusia dikenali sebagai ultraungu
(UV) pada penghujung frekuensi tinggi dan inframerah (IR) pada yang rendah dan manusia tidak dapat melihat IR namun kita dapat mengesannya melalui reseptor-reseptor kulit sebagai haba.

Secara dasarnya maujud alam ini disebabkan adanya CAHAYA dan bermulanya warna hasil dari perambatan gelombang CAHAYA.



:- Fokus-jurus ke paksi matra HAQIQI mazhab keTUHANan -:


Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (An-Nur : 35)

Difantasikan tafsir oleh diri yang kosong...


“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi”
- Bahwa alam ini keseluruhannya adalah cahaya yang berasal dari TUHAN yang mutlak.

“Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api)”
- Bahwa alam ini berasal dari KESEMPURNAAN CAHAYA yang TIDAK BERTEMPAT serta ESA SINARANNYA (yakni tiada bersangkutan).

“Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis),”
- Bahwa isi alam ini terdiri dari semata-mata cahaya. Diri itu cahaya, tubuh itu cahaya, darah itu cahaya, organ itu cahaya, pacaindera itu cahaya, roh itu cahaya dan tiada lain melainkan cahaya.

“Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki,”
- Bahwa pengetahuan/ilmu/tafsiran/minda itu hakikatnya adalah cahaya!

“Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”
- Dan TUHAN yang mutlak itu jualah yang menyusun keindahan fantasi pengcahayaan ini!




Atau mungkin diperBATU-ASASkan lagi perihal keagungan CAHAYA ini melalui sebuah firman TUHAN dalam sebuah Hadith Qudsi;
“Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat-Ku”.

Dan diperterangkan oleh Rasullullah S.A.W. dalam hadith baginda;
“Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruhku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahayaku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal”.




"Maka kamu wahai alam adalah Nur yang datang dari Nur Muhammad yang datang dari Nur Allah yang datang dari ZAT MUTLAK."
JADI, DI MANAKAH DIRI? (yang kau martabatkan!)


Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)