Kerajaan Arab Saudi (AS) merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab. Ia mempunyai anggaran populasi dari 27.6 juta, dan saiznya kira-kira 2,150,000 km persegi (830,000 batu persegi). Kerajaan ini telah diasaskan oleh Abdul-Aziz bin Saud, iaitu usaha dimulakan pada 1902 apabila dia menawan tanah moyang Al-Saud, Riyadh dan berakhir pada 1932 dengan pengisytiharaan, dan pengakuan Kerajaan Arab Saudi.
Tak perlu diperincikan keperihalan tawarikh negeri Arab yang satu ini. Cukuplah sekadar ingin mengfokuskan bahawa negara ini adalah permulaan agama terbanyak umatnya di dunia yakni ISLAM. AS mutlak menguasai entiti-entiti penting Islam seperti nabi terakhir, daerah diturunkan Quran, kiblat serta lokasi haji. Melalui titik-titik fakta itu seharusnya tidak melampau sekiranya digazetkan Islam itu AS dan begitulah sebaliknya. Namun adakah begitu?
AS merupakan pengeksport petroleum terbesar dunia dan petroleum merupakan 90% dari keseluruhan eksport negaranya. Apa yang ajaibnya eksport terbesar bahan api itu menjurus terus kepada Amerika Syarikat (sebuah negara musuh Islam, konon2nya). Adakah benar hati AS berpendapat sedemikian tatkala pada tahun lalu perdagangan dua hala keduanya berjumlah SR193.3B di mana eksport AS ke Amerika mencecah SR147.4B. Malah pelaburan sektor swasta AS di Amerika dianggarkan SR58B pada tahun 2008.
Melalui perenggan di atas seharusnya terbit satu soalan dungu, “Benarkah AS membawa Islam?” Jika ya, bagaimana pula hubungan dua AS ini begitu akrab! Atau perlukah dinyatakan bukti-bukti lain keakraban kedua AS ini sebagai mangkin pemanas? Baiklah…
1) Perdagangan antarabangsa menggunakan dinar mengantikan USD di kalangan ahli OIC langsung di pandang sepi Saudi.
2) Begitu juga pemulauan eksport minyak ke Amerika ditentang kuat oleh AS.
3) Malah ketika Perang Teluk yang menghalalkan bumi Iraq dibedil rakus Amerika, AS merupakan tali barut NOMBOR SATU.
Tiga fakta di atas jelas menunjukkan AS lebih mengkiblatkan EKONOMI daripada Kumpulan Batu Kaabah itu sendiri. Bagi AS ekonomi dahulu kemudian baru ISLAM. Ya, kita telah semakin hampir kepada satu persoalan panas. Ayuh.
Jadi dimana letaknya ISLAM?
ISLAM selamanya alat bagi Arab Saudi (AS) untuk memdapatkan kekuasaan dan seturusnya membawa kepada perkembangan ekonominya. Melalui ISLAM, AS berjaya membangunkan sektor perlancongan keagamaan seperti HAJI dan UMRAH. Berbilion dan bertan-tan wang dijana melalui sektor di atas. AS akan mengangkat negara yang mentadbir urus pakej haji dengan baik seperti apa yang dilakukannya kepada Malaysia (Agen perlancongan AS).
Untuk mengekalkan ISLAM berpusat di sana maka diwujudkan pula doktrin bahawa tiada nabi lain setelah mangkat nabi dari kaumnya dan langsung diistihar sesat seseorang itu sekiranya cuba menyatakan ada nabi lain selepas itu. Selain itu, kitab suci yang ditulis dalam bahasanya jelas memesatkan kedatangan penuntut ke negara mereka atas alasan mendalami ilmu kitab yang mana secara tidak langsung budaya, tulisan dan bahasa mereka dipelajari lantas tersebar ke seluruh dunia yang semestinya membawa kepada perkembangan ekonomi.
Tragisnya lagi, melalui kegiatan ekonomi berunsurkan petroleum AS bersama Amerika telah berjaya menjana wang besar bagi pembiayaan Israel untuk membunuh Palestin. Malah AS langsung tidak ambil pusing dengan isu Palestin biarpun Palestin sebuah negara Arab seIslamnya.
Mengapa begini? Mudah. Kemusnahan Palestin ditaja oleh Saudi sendiri! Mengapa. Kerna pada Palestin ada sejarah Islam seperti hikayat nabi-nabi terdahulu, israk mikraj serta kiblat pertama Islam yang membolehkan fokus Islam ke Makkah agak sedikit tercalar. Lastas, Palestin harus dihapuskan! Begitu jugalah dengan kes IRAQ atau mungkin selepas ini IRAN pula!
Kesimpulannya, terusan Islam menjadi modus operandi ciptaan AS untuk memokuskan tumpuan EKONOMI kepadanya.
Dan… kita dimana? Tidak mahu tidak kita turut juga menyumbang kepada kemusnahan Palestin pada setiap sen yang dibelanja untuk satu gelaran HAJI dalam kita bersolat hajat agar Palestin selamat.
Aduh!