“Sesuatu objek akan kekal pada keadaan asalnya sama ada pegun atau halaju malar sekiranya tiada DAYA LUAR yang bertindak ke atasnya”
Bagi sebahagian ahli agama, Hukum Pertama Isaac Newton ini sekadar mengenengahkan teori materialisme dan menyatakan teori alam yang terjadi dengan sendiri. Bagi mereka perkara ini amat tidak selari dengan konsep Pencipta seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran serta ilmu warisan yang diimani turun temurun. Ekoran itu timbul pandangan negatif bahwa teori ini batil serta kesimpulan kufur yang mengatakan sains membawa kepada kesesatan. Tambahan pula Isaac Newton adalah seorang YAHUDI. Lastas dengan kejumudan yang ada, tanpa pemahaman yang dalam serta lampu merah pada hati untuk berfikir membuatkan hukum ini di tolak mentah-mentah dan dianggap 100% berpaling daripada konsep keagamaan.
“Kalau kiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar. Dan jika Allah menjadikan mereka dapat mendengar, niscaya mereka pasti berpaling juga, sedang mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu).” (Al-Anfall:23)
Pun begitu, jika disokong dengan sedikit pertimbangan waras akal ternyata HN1 ini teramat logik serta mampu diterima akal.
Contoh 1: Batu yang kelihatan statik pada pandangan mata kasar sebetulnya mengalami perubahan ketebalan diameter dalam kadar yang amat kecil dek tindak balas udara terhadap permukaannya. Malahan atom-atom yang menyifatkan batu tersebut selamanya bergetar dengan getaran frekuensi aslinya.
Contoh 2: Pergerakan cahaya dari matahari ke bumi dalam ruang vakum di angkasa lepas yang dikatakan berhalaju malar turut mempunyai perbedaan halaju sepanjang sesarannya. Perubahan halaju akan berlaku dek perlanggaran dengan zarah-zarah terampai di angkasa lepas atau sentuhan dengan molekul-molekul ozon sewaktu memasuki ruang angkasa bumi.
Oleh yang demikian, KEADAAN UNGGUL yang mengatakan objek selamanya berkeadaan pegun atau kekal halaju malar tidak pernah berlaku di dunia ini! Jika ia berlaku, pasti itulah keadaan sebelum adanya kehidupan!
“Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahwa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedang ia tidak ada sama sekali?” (Maryam: 67)
Yang nyata, tanpa daya nescaya tiada sungai yang mengalir atau sekira wujud aliran pasti ianya tanpa riak. Tanpa riak maka tiada deru. Tiada riak dan deru hadirlah sunyi, bisu dan kaku. Semua berkeadaan DIAM dan MATI. Di sini amat jelas lagi mempernyatakan akan pengaruh DAYA dalam meimarahkan kehidupan! Daya menjadi proksi TUHAN dalam menghidupkan alam ini serta melahirkan sifat pada alam lantas merealitikan KALAM TUHAN. Maka, HN1 jelas benar malah ia jua selari dengan konsep penciptaan TUHAN.
Seharusnya tiada prejudis pada setiap ilmu. Apa yang lebih indah ialah setiap ilmu ditahkik dalam-dalam, dihadam-faham dan disiraturahimkan kepada konsep keESAan TUHAN tanpa prejudis kepada asal sumbernya. Malah jika diperhalusi, kesimpulannya adalah jelas bahwa semua ilmu hanya datang dari TUHAN,ciptaan TUHAN serta persembahan TUHAN meskipun ia melalui YAHUDI, NASRANI, MAJUSI atau ISLAM.
Tanpa pemahaman kepada konsep kesepaduan ilmu serta konsep keESAanTUHAN isu positif-negatif, benar-salah, sesat dan murtad, syurga-neraka serta Islam-kafir akan terus berpanjangan. Gagalnya golongan agama untuk memahami konsep keESAan TUHAN secara total sama gagalnya Newton melanjutkan hukumnya kepada konsep Penciptaan TUHAN. Keduanya umpama dua kali lima dan masing-masing ialah objek dan imej keapada satu sama lain.
Oleh yang demikian, perbezaan itu perlu disatukan, Islam-kafir perlu disepadukan dan positif-negatif perlu diadunkan menjadi lagu dan irama. Pada hakikatnya Qada’ dan kadar itu berbeza tetapi keduanya bersatu membentuk satu rukun lantas melengkapi IMAN.
“Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.” (Yassin: 82)
Bahawasanya Ma’ani TUHAN itu disainskan dengan istilah DAYA LUAR yang lahirnya ia dari kesepaduan KUN.